20.11.08

PENANGGUHAN PEMILIHAN SATU KEPINCANGAN

Penangguhan pemilihan di peringkat parti sehingga selepas pilihan raya ke 12 merupakan antara satu kesilapan parti-parti di dalam komponan Barisan Nasional (BN). Alasan penangguhan ini untuk memperkukuh BN dan fokus menghadapi pilihan raya umum ke 12 (PRU12). Namum keputusan PRU12 yang lalu telah menyaksikan BN gagal mengekalkan mejoriti 2/3 di parlimen juga gagal menguasai 5 negeri. Seterusnya menyaksikan krisis kepimpinan dalam parti-pati komponan BN.

Sebenarnya pemilihan peringkat parti amatlah penting kerana selain ia bertujuan untuk memilih pemimpin diperingkat parti ia juga secara tidak lansung dapat mengenal pasti atau menyaring calon-calon yang akan diketengahkan untuk mewakili parti dalam pilihanraya. Ianya boleh di dilihat sebagai medan ujian untuk bakal-bakal calon, bagi memastikan calon itu diterima dan mendapat sokongan ahli parti terlebih dahulu sebelum diketengahkan sebagai calon mewakili parti. Jika dilihat dalam apa juga pertandingan pun pastinya ada pusingan awal atau pertandingan di peringkat lebih rendah sebelum menghadapi pertandingan diperingkat yang lebih tinggi. Akhirnya setelah berjaya dalam PRU calon-calon yang telah mendapat kepercayaan di peringkat parti dan diterima di peringkat nasional (menang dalam PRU) bolehlah dilantik untuk membarisi kabinet kepemimpinan negara kerana mereka ini adalah calon yang benar--benar dipilih dan diterima bukan sahaja oleh oleh ahli-ahli parti tetapi turut di terima oleh masyarakat.

Malangnya apabila parti-parti memilih untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga selepas PRU, maka proses saringan dan ujian terhadap calon-calon dalam menghadapi PRU tidak dapat dilaksanakan. Akibatnya berlaku penolakan daripada ahli parti sendiri terhadap calon-calon dalam PRU, ada rekod menunjukkan di sesuatu kawasan jumlah undi yang diterima calon jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah ahli parti itu sendiri di kawasan tersebut.

Kesan pemilihan parti selepas PRU juga akan mengakibatkan konflik dalam pembentukan barisan kepemimpinan kebinet. Ini kerana kemungkinan ada menteri yang akan gagal dalam pemilihan parti, keadaan ini akan memaksa Perdana Menteri melakukan barisan rombakan kabinet. Sekiranya ada 2 atau 3 pemilihan peringkat parti selepas PRU maka ada juga kemungkinan berlaku 2 atau 3 kali rombakan cabinet, keadaan ini akan menyebabkan fokus dan haluan sesebuah kementerian juga akan berlaku perubahan Setiap pemimpin pasti ada cara tersendiri untuk melaksankan tugas yang diberikan kepadanya. Maka akan berlaku ketidaktentuan dalam pentadbiran Negara. Sepatutnya kerajaan yang telah dipilih hendaklah segera menumpukan kepada pentadbiran bagi memajukan negara bukannnya sibuk dengan krisis atau isu-isu pemilihan di peringkat parti masing-masing. Apa yang berlaku sekarang ini mengambarkan ketidaktentuan ini. Walaupun telah hapir satu tahun selepas PRU12, parti-parti komponan masih lagi sibuk dengan isu-isu dalaman parti masing-masing. Tumpuan untuk mentadbir negara dilihak agak tergangggu dengan situasi ini.

Adalah diharapkan komflik pemilihan dalaman parti ini dapat diselesaikan dengan segera agar tumpuan untuk meneruskan kepemimpinan negara dapat dilaksanakan dangan sepenuh perhatian.
Adalah menjadi harapan perkara ini tidak berulang dalam PRU yang akan datang. Laksanakanlah dahulu pemilihan peringkat parti sebelum PRU. Mungkin tempoh 1 atau 2 tahun sebelum PRU adalah sesuai untuk mengadakan pemilihan peringkat parti agar calon-calon yang akan dibariskan dalam PRU nanti adalah merekan yang telah melepasi ujian pemilihaan di peringkat parti terlebih dahulu.

Nota: Ahli di bawah memilih pemimpin untuk mengetuai mereka, bukan pemimpin di atas yang menentukan siapa yang memimpin mereka di bawah.

No comments:

Post a Comment