26.11.08

UMNO Tolak Politik Wang???!

Setiap kali menjelang pemilihan UMNO, maka isu politik wang akan menjadi perhatian. Perkara ini telah manjadi stikma dalam pemilihan UMNO. Keadaan ini mengambarkan bahawa politik wang sememangnya wujud dan berlaku dalam UMNO. Kenyataan-kenyataan yang di buat oleh pelbagai pihak sama dari dalam dan luar UMNO menjurus kepada kenyataan bahawa gejala ini tidak boleh diterima dan perlu dibenteras. Begitu pun adakah UMNO bersunguh-sunguh dalam menangani perkara ini.

1. Walaupun terdapat aduan, timbul pula persoalan berkenaan kesahihan aduan tersebut, menurut seorang dari anggota lembaga disiplin, UMNO Datuk Mohd Hafarizam Harun, 30% daripada aduan yang diterima merupakan fitnah yang sengaja di lakukan
2. Banyak juga pihak yang membuat kenyataan menyatakan menerima maklumat berkenaan politik wang tetapi hanya membuat ulasan di media bukannya menyalurkan maklumat tersebuat ke saluran yang sepatutnya untuk di siasat dan di adili. Adakah adaun mereka akan disiasat.
3. Bila ada pihak yang yang mahu mendedahkan nama-nama mereka yang mengamalkan politik wang, ada pula pihak yang tidak bersetuju kerana takut kononya berlaku penganayaan.
4. Secara zahirnya kelihatan UMNO memerangi gejala politik wang ini, tetapi ianya masih lagi tidak ditunjukan melalui tindakan yang benar-benar boleh meyakinkan masyarakat bahawa ahli UMNO menolak perasuah politik.
5. Penggunaan kuasa wang untuk mendapatkan tempat dalam UMNO bermula dengan penawaran oleh pihak calon. Namun sekarang perwakilan pula yang membuat penawaran undi untuk calon yang sanggup memberikan habuan. Sudahnya perkara ini menjadi cerita ayam dan telur.
6. Hanya kepimpinan tertinggi sahaja mampu membetulkan keadaan ini tetapi adakah mereka ini benar-benar iklas, kerana ada cakap-cakap pihak-pihak ini menaja pencalonan calon-calon tertentu.
7. Kesudahanya barisan kepimpinan UMNO selepas Mac 2009 akan dinilai bukan sahaja oleh ahli UMNO tetapi juga oleh masyarakat. Sekiranya persepsi bahawa barisan kepimpinan baru itu terdiri dari perasuah politik maka keputusan PRU berikutnya akan mengaramkan kapal UMNO dan BN.

No comments:

Post a Comment