6.1.09

PRK "Jangan Tunggu Lama-lama"

Sebaik selepas PRU 12 banyak cakap-cakap berkenaan orang kita terlalu giat berpolitik. Ada orang mengatakan perkarana ini tidak sihat dan menyebabkan kita leka sehingga menjejaskan tumpuan untuk kerja-kerja pembangunan negara, lebih-lebih lagi dalam ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.
Selepas PRU 12, ada PRK Permatang Pauh, kemudian “MP Lompat” 9.16, kemudian PRK Kuala Terengganu pula, selepas itu “Adun Lompat” , selepas itu “MB Halal/MB Haram”, yang terkini 2 PRK serentak. Itu belum diambilkira kek-kes pemilihan UMNO.
Perkara-perkara seperti di atas akan menyebabkan tumpuan kerajaan “terpaksa” teralih kepada perkara-perkara itu.
Sepatutnya, apabila berlaku keperluan untuk menggadakan PRK, ianya hendaklah dilaksanakan dengan segera, walaupun peruntukan undang-undang membolehkan ianya dilasanakan sehingga tempoh 3 bulan, tetapi adalah lebih baik perkara ini dapat diselesaikan seberapa segera agar tumpuan untuk menggerakan usaha pembangunan negara dapat difokuskan.

No comments:

Post a Comment