27.2.09

Kadar tol dinaikan…. Gempppak je kot….

Semalam kerajaan melalui Menteri Kerja Raya mengumumkan akan berlaku kenaikan kadar tol bermula 1 Mac.
Hari ini ketua kepada menteri yang membuat pengumuan itu, Perdana Menteri yang bakal pencen dipetik berkata akan kaji semula kanaikan tol tersebut.
Persoalanya…
1) Mengapa selepas menteri buat pengumuman perdana menteri pula minta ia dikaji semula.
2) Adakah keputusan untuk membuat pengumuman menaikan kadar tol ditentukan sendiri oleh menteri berkenaan tanpa merujuk kepada PM atau kabinet.
3) Adakah PM “bakal pencen” telah pun dipencenkan sebelum masanya oleh menteri dan barisan kabinetnya.
4) Adakah ini satu lagi keputusan “flip-flop” yang menjadi amalah kerajaan sejak kebelakangan ini... “ umum dahulu …..kemudian baru kaji”.
(contoh: penswastaan IJN & pembinaan LCCT Labu)
Kenapalah berlaku seperti ini…?

No comments:

Post a Comment