3.4.09

Berita Perdana Benar Berpihak

Setelah sekian lama tidak menonton berita waktu perdana di tv perdana swasta kerana menonton siaran analisa kupasan isu-isu semasa yang juga disiarkan pada waktu perdana yang sama di saluran TV berbayar perdana.

Apa yang ingin saya utarakan ini ialah berkenaan liputan pilihan raya kecil yang disiarkan di saluran perdana swasta tersebut. Apa yang disiarkan hanyalah berita dan cerita berkenaaan ketekunan dan kesungguhan salah satu parti yang bertanding pada pilihan raya tersebut manakala tidak ada liputan berita tentang pihak-pihak lain yang juga bertanding dalam pilihan raya berkenaan. Seolah-olah hanya satu pihak sahaja yang bersungguh-sungguh dalam menjalankan kempen untuk memenangi pilihan raya berkenaan.

Persoalanya, dimanakah kradibeliti dan integriti pihak media swasta berkenaan yang secara terang-terangan membuat liputan berita secara berpihak.

1 comment:

  1. Salam,

    Saya mengalu-alukan sebarang komen dari semua pihak tidak mengira fahaman. Namun biarlah konstruktif dan tidak lucah atau fitnah dan
    melulu.
    layari
    http://penpusaka.blogspot.com

    ReplyDelete