20.3.09

Satu Transfomasi Akan Berlaku???!

Perhimpunan Agong UMNO tahun ini yang akan berlangsung pada minggu hadapan menarik perhatian dan tumpuan bukan sahaja kepada para perwakilan, ahli UMNO dan komponen BN serta pihak PR tetapi juga semua lapisan masyarakat non-partisan yang prihatin terhadap gelora politik negara yang berantakkan akibat dari krisis kelemahan kepimpinan.

Adakah pemilihan kali ini akan memperlihatkan UMNO sedia untuk membariskan satu pasukan yang mampu menangani gelora kepimpinan negara dan seterusnya mengubah persepsi masyarakat di luar UMNO untuk memberikan semula kepercayaan dan harapan mereka kepada UMNO.

Para perwakilan yang memilih diharapkan memberikan undi kepada calon yang dilihat bukan sahaja menjadi pilihan UMNO tetapi juga calon yang diterima oleh masyarakat di luar UMNO. Jika undi perwakilan diberikan kepada calon-calon yang kelihatan tidak diterima orang-orang di luar UMNO maka mereka ini tuntunya tidak akan memberikan undi mereka kepada UMNO pada PRU yang akan datang.

Walauapapun keputusanya satu transfomasi akan berlaku ke pada UMNO, positive atau negetif masa akan menentukannya, buat masa ini 2500 perwakilan di PWTC nanti akan menentukannya

No comments:

Post a Comment